Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Dakwaan PRU hujung tahun cara Bersatu kekal relevan - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan pada hujung tahun ini, menunjukkan parti itu terpaksa mencipta isu untuk kekal relevan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Beliau berkata, isu pilihan raya yang dicanang itu dilihat sebagai cara parti terbabit terus bertahan di mata penyokong mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712862/berita/politik/dakwaan-pru-hujung-tahun-cara-bersatu-kekal-relevan---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU #Bersatu #UMNO

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, Kluang yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi penyakit terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712829/berita/semasa/lelaki-pandu-axia-pusing-beratus-kali-di-bulatan-alami-skizofrenia
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #skizofrenia #Kluang

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Kajian semula SOSMA ambil kira hak asasi, kekalkan keselamatan negara
Kajian semula terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan mengambil kira hak asasi manusia selain mengekalkan keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, kajian semula itu akan meneliti beberapa seksyen tertentu, termasuk Seksyen 13 yang berkaitan dengan kesalahan boleh jamin dan tidak boleh jamin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712833/berita/semasa/kajian-semula-sosma-ambil-kira-hak-asasi-kekalkan-keselamatan-negara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kajisemulasosma #SOSMA

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api dalam kejadian tembakan melibatkan warga asing di perairan Tanjung Rhu Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan jika terdapat pelanggaran undang-undang dalam menjalankan tugas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712831/berita/nasional/kes-tembak-di-tanjung-rhu-maritim-malaysia-siasat-sop-penggunaan-senjata-api
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kestembaktanjungrhu #maritim

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Kehidupan mewah seorang lelaki berperanan sebagai penghantar serta penjaga bekalan dadah dengan menerima upah sekitar RM50,000 terbongkar dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Sri Damansara pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.
Suspek dipercayai menjalankan kegiatan jenayah itu dengan dibantu dua lagi lelaki tempatan yang masing-masing menerima upah sekitar RM10,000 sebulan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, hasil risikan dan maklumat dijalankan membawa kepada serbuan di sebuah rumah teres yang lengkap dengan kawalan keselamatan di Bandar Sri Damansara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712826/berita/semasa/hidup-mewah-jadi-tali-barut-sindiket-dadah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketdadah #talibarut

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
BATU PAHAT – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Along Kubur’ direman selama tujuh hari selepas terlibat dalam insiden kejar-mengejar dengan polis sejauh lima kilometer di sekitar Kluang pada pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 40 tahun itu mempunyai 15 rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan berkaitan Dadah.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #alongkuburdireman #dadah

Saturday Feb 15, 2025
Saturday Feb 15, 2025
Spesies bunga terbesar di dunia, pakma atau popular dengan nama rafflesia tidak akan mengeluarkan bunga selamanya jika bahagian tumbuhan tersebut diambil atau habitatnya dirosakkan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Orang Asli (OA) Kampung Sungai Berua, Ishak Samad, 42, berkata, tumbuhan itu memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan ia mengeluarkan bunga sepanjang tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712441/Rafflesia-'merajuk',-tidak-berbunga-selamanya-jika-habitat-dirosakkan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #rafflesia #orangasli #huluterengganu

Friday Feb 14, 2025
Friday Feb 14, 2025
51 warga Indonesia mengaku salah masuk Malaysia guna laluan haram
Seramai 51 warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas dua pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Kesemua tertuduh terdiri daripada 37 lelaki dan 14 wanita berusia lingkungan 22 hingga 59 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712706/berita/semasa/51-warga-indonesia-mengaku-salah-masuk-malaysia-guna-laluan-haram
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pati

Friday Feb 14, 2025
Friday Feb 14, 2025
SKMM, polis kenal pasti individu sebar berita palsu undian Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sejumlah individu yang telah menularkan berita palsu berkaitan undian Majlis Raja-Raja.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, undian yang kononnya disebut 7-2 adalah hanya suatu 'mainan' oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712715/berita/nasional/skmm-polis-kenal-pasti-individu-sebar-berita-palsu-undian-majlis-raja-raja
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SKMM #beritapalsu #PDRM #MajlisRajaRaja

Friday Feb 14, 2025
Friday Feb 14, 2025
Cadangan wujud menteri agama bukan Islam bukan pendirian DAP: Fahmi
Cadangan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam bukan pendirian DAP.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dijelaskan pemimpin parti berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712708/berita/nasional/cadangan-portfolio-hal-ehwal-agama-bukan-islam-bukan-pendirian-dap---fahmi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #MenteriAgamabukanISlam #MPRaub