Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Saturday Jun 14, 2025

Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Jumaat atas 15 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Mohd Amirul Fadhil Zulkifli, 39, beralamat dari Pengkalan Nyireh, Terengganu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733587/berita/semasa/faham-saya-mohon-bicara---pemandu-bas-nahas-pelajar-upsi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah  #KesUpsi #PemanduBas

Friday Jun 13, 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tiada data peribadi pengguna dikumpul, diproses atau didedahkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan.
Menurut kenyataan MCMC, pengumpulan data telefon pintar atau Mobile Positioning Data (MPD) hanya digunakan bagi tujuan statistik kebangsaan untuk sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pelancongan.
Di bawah sektor ICT, data digunakan bagi menghasilkan statistik langganan jalur lebar mudah alih aktif dan kadar penembusan mengikut kawasan.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #beritasemasa #SKMM #ICT #KarnivalSiangMalam

Friday Jun 13, 2025

Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur, pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Chew Ah Sing, 69, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733544/berita/pemandu-lori-cuai-didenda-rm6000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #pemanducuai #KarnivalSiangMalam

Friday Jun 13, 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa semua pihak perlu segera melaporkan kewujudan kandungan lucah dan tidak bermoral di media sosial bagi melindungi murid daripada ancaman jenayah siber.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memandang serius laporan media mengenai kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733525/berita/nasional/lapor-segera-kandungan-lucah---fadhlina
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #FadhlinaSidek #KandunganLucah #Pedofilia

Friday Jun 13, 2025

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM486,000 bagi kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama delegasi yang menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu telah membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan menghadiri forum berkenaan yang telah berlangsung di Tokyo, Jepun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733470/berita/nasional/kerajaan-tanggung-kos-dr-mahathir-hadir-forum-antarabangsa-nikkei-di-jepun
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #forumantarabangsaNikkei #TunM #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025

‘Jangan cuba-cuba bawa balik air zamzam’
Jemaah haji diingatkan sekali lagi supaya tidak membawa pulang air zamzam dalam beg mereka sama ada yang dibawa masuk ke kabin atau daftar masuk ke bahagian bagasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Pejabat Operasi Maktab, Abdul Fattah Mohd Fasor berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi penekanan serius terhadap larangan untuk memasukkan air zamzam ke dalam bagasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733418/berita/nasional/jangan-cuba-cuba-bawa-balik-air-zamzam
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhajimalaysia #TabungHaji #airzamzam #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025

“Saya akan berjuang untuk mencari keadilan kerana saya telah disalahi, dianiayai dan diperlakukan macam-macam.”
Demikian luahan Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, sejurus Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis melepaskan dan membebaskannya (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Yusoff, 32, berkata, pengalaman ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan merupakan satu fasa yang penuh pengajaran, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733428/berita/semasa/saya-dianiayai-akan-terus-berjuang-demi-keadilan---yusoff-rawther
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #YusoffRawther #kesyusoffrawter #Mahkamah

Thursday Jun 12, 2025

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terus mengorak langkah memperkukuh transformasi sektor perladangan negara menerusi Majlis Anugerah Projek 25:23 Terbaik 2024, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif seperti Projek 25:23 mampu mengangkat semula sektor perladangan sawit Felda sebagai antara peneraju utama dalam industri, selain memberi nilai tambah kepada pendapatan peneroka dan pengurusan ladang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733379/berita/nasional/felda-perkukuh-transformasi-industri-sawit
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #KotaTinggi #ShaberyCheek #Felda

Thursday Jun 12, 2025

Warden dipenjara 6 tahun, 2 sebatan amang seksual dan liwat kanak-kanak
Seorang warden sebuah pusat pengajian al-Quran dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tiga daripada 15 pertuduhan meliwat serta melakukan amang seksual terhadap tujuh pelajar lelaki antara tahun 2023 hingga Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Mohd Khairi Fitri Baharom, 38, dalam keadaan menangis membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733390/berita/semasa/warden-dipenjara-6-tahun-2-sebatan-amang-seksual-dan-liwat-kanak-kanak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #seremban #amang #warden #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 12, 2025

Warga Singapura lakukan khianat didenda RM9,100
Seorang pengurus sumber manusia warga Singapura didenda sebanyak RM9,100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan khianat yang dilakukan minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. 
Tertuduh, Cheng Kuan Poh Colin, 40 tahun, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733384/berita/semasa/warga-singapura-lakukan-khianat-didenda-rm9100
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #JohorBharu #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125