Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Monday Jun 16, 2025
Monday Jun 16, 2025
Muhyiddin berjaya pindah tujuh kes ke Mahkamah Tinggi
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk memindahkan empat kes salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan RM200 juta ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan itu selepas mendapati ia memenuhi ambang yang ditetapkan untuk dipindahkan dan dibicarakan di bawah Seksyen 417(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Beliau berkata, tiga persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku pemohon merupakan isu yang bersifat luar biasa sukar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734022/berita/semasa/muhyiddin-berjaya-pindah-tujuh-kes-ke-mahkamah-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #MuhyiddinYassin #Bersatu

Monday Jun 16, 2025
Monday Jun 16, 2025
Tipu pakej haji: Lelaki direman empat hari
Seorang lelaki direman selama empat hari selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang didakwa dikurung di Arab Saudi baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin, bermula 16 Jun hingga 19 Jun.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733996/berita/semasa/tipu-pakej-haji-lelaki-direman-empat-hari
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #reman #tipupakejhaji #KarnivalSiangMalam

Sunday Jun 15, 2025
Sunday Jun 15, 2025
Keputusan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyertai UMNO selepas bersara daripada perkhidmatan awam tidak wajar dipersoal atau disangsikan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, apa yang lebih penting ialah kesediaan tokoh seperti Dzulkifli untuk bersama dalam perjuangan UMNO demi kepentingan rakyat dan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733893/berita/politik/keputusan-dzulkifli-sertai-umno-tidak-perlu-dipersoal---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #UMNO #DzulkifliAhmad #politik

Sunday Jun 15, 2025
Sunday Jun 15, 2025
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan beliau tidak akan menyambung kontraknya yang bakal tamat 22 Jun ini, lapor wartawan Sinar Harian Norafiza Jaafar.
Razarudin berkata, keputusan itu dibuat bagi memenuhi hasrat ibunya yang mahu beliau berbuat demikian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733884/berita/semasa/tunai-hasrat-ibu-razarudin-sahkan-tak-sambung-kontrak-kpn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #KPN #IGP #tamatkontrak

Sunday Jun 15, 2025
Sunday Jun 15, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana ekonomi rakyat belum pulih sepenuhnya.
Menurut beliau, meskipun GST dilihat sebagai sistem percukaian yang lebih teratur dan menyeluruh, pelaksanaannya tidak sesuai pada masa ini kerana ia akan memberi beban kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk golongan miskin dan penganggur.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733888/berita/nasional/belum-masa-laksana-gst---pm---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #PM #GST #madani #cukai #AnwarIbrahim

Sunday Jun 15, 2025
Sunday Jun 15, 2025
Seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa lega apabila dibenarkan untuk terus menetap di negara ini bagi menjaga anak perempuannya yang merupakan warganegara, selepas permohonannya mendapatkan Pas Lawatan Sosial (PLS) jangka panjang diluluskan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Mohammad Ala Uddin, 35, sebelum ini menghadapi kesukaran membuat permohonan tersebut susulan kematian isterinya yang merupakan warganegara Malaysia, bulan lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733737/edisi/melaka-ns/syukur-saya-boleh-terus-jaga-anak-di-malaysia---lelaki-bangladesh
Muzik: The Universe's Embrace dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seremban ย #LelakiBangladesh #PLS

Sunday Jun 15, 2025
Sunday Jun 15, 2025
Tabung Haji (TH) akan melaksanakan kajian dan analisis menyeluruh bagi menambah baik aspek operasi haji tahun 2026, khususnya dari sudut kesihatan jemaah, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizul Haika Mat Khazi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naโim Mokhtar berkata, kajian tersebut akan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian jemaah haji Malaysia tahun ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733821/berita/nasional/th-laksana-kajian-menyeluruh-tambah-baik-operasi-haji-tahun-depan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sepang #Haji #Haji2025

Saturday Jun 14, 2025
Saturday Jun 14, 2025
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa sebarang perubahan dalam Kabinet adalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan dirinya, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Johari berkata demikian ketika mengulas laporan yang mendakwa beliau bakal menggantikan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733732/berita/nasional/keputusan-perdana-menteri-bukan-saya---johari
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #UMNO #JohariAbdulGhani #KarnivalSiangMalam

Saturday Jun 14, 2025
Saturday Jun 14, 2025
Usul memperkukuh parti serta persiapan menghadapi tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor dijangka menjadi tumpuan utama mesyuarat Persidangan Bahagian UMNO di seluruh negara yang bermula minggu ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PRN Sabah yang dijangka berlangsung lebih awal berbanding PRN Melaka dan Johor perlu diberi tumpuan khusus termasuk dari segi logistik, gerak kerja akar umbi dan pengukuhan mesej parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733707/berita/politik/usul-persiapan-prn-sabah-melaka-johor-jadi-tumpuan-191-umno-bahagian---ahmad-maslan
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #UMNO #PRN #KarnivalSiangMalam

Saturday Jun 14, 2025
Saturday Jun 14, 2025
Kerajaan mempertimbangkan untuk menganugerahkan kontrak pembangunan kepada Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan prestasinya yang memberangsangkan serta pengurusan yang cekap.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, secara prinsipnya, perkara tersebut dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihaknya akan memperincikan butiran dalam masa terdekat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ย ๐
25โ27 Julaiย ๐ 9 pagi โ 12 tengah malamย ๐ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #koperasipolis #KDN #SaifuddinNasutionIsmail #KarnivalSiangMalam


