Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dengan pendirian untuk meletak jawatan dalam Kabinet meskipun kerajaan masih memberi ruang kepada dirinya untuk menyambung tugas.
Nik Nazmi berkata, keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan lebih besar.
"Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734172/berita/politik/nik-nazmi-kekal-keputusan-letak-jawatan-menteri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #NikNazmi #PerletakanJawatan

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Hospital Sultanah Aminah bakal miliki parkir bertingkat
Pelaksanaan makmal kajian nilai atau Value Assessment (VA) Lab bagi pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru telah selesai dilakukan, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek berkenaan kini menunggu laporan penuh sebelum garis masa sebenar pembinaan dapat ditentukan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734185/edisi/johor/hospital-sultanah-aminah-bakal-miliki-parkir-bertingkat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #parkirbertingkat #HSA #MBJohor #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Kepimpinan, buah fikiran Abdul Hadi masih diperlukan – Ahmad Samsuri
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa kepimpinan dan buah fikiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih diperlukan dalam mendepani cabaran politik semasa serta memperkukuh gerak kerja parti, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Beliau berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting sehingga Pas muncul antara dua parti terbesar di negara ini serta memenangi hampir 200 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734196/berita/politik/kepimpinan-buah-fikiran-abdul-hadi-masih-diperlukan-ndash-ahmad-samsuri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Pas #HadiAwang

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Tiga lelaki tak mengaku suap pegawai Imigresen RM25,000
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bharu pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh Gan Chi Qian, 31, Lai Yee Keong, 42, dan Wong Kent Sing, 51, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734161/berita/semasa/tiga-lelaki-tak-mengaku-suap-pegawai-imigresen-rm25000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #SPRM

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Bekas pengarah Jabatan Belia dan Sukan nafi terima rasuah berjumlah RM126,100
Bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa, atas lima tuduhan menerima rasuah dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM126,100, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'acob.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 kurungan 2 Aktar sama.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #rasuah #tuntutanpalsu #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Bekas pengarah kewangan PBT direman kes salah guna dana RM50 juta
Bekas pengarah sebuah jabatan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana berjumlah RM50 juta untuk pelaburan saham, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'acob.
Perintah reman dikeluarkan Majistret N.Sivashangari terhadap suspek lelaki berusia 57 tahun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734169/berita/semasa/bekas-pengarah-kewangan-pbt-direman-kes-salah-guna-dana-rm50-juta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #salahgunadana #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung pertuduhan amang seksual yang dikenakan ke atasnya, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses keadilan bagi membersihkan namanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734162/berita/semasa/saya-tenang-tak-melatah---naim-daniel-fokus-bersih-nama
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #amangseksual #NaimDaniel

Tuesday Jun 17, 2025
Tuesday Jun 17, 2025
Naim Daniel tak mengaku amang seksual remaja
Penyanyi Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, bulan lalu.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na'im Daniel Baharin, 28 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin M Kunasundary dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu 'Sumpah' itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun tujuh bulan, bagi tujuan seksual, di sebuah hotel pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734158/berita/semasa/amang-seksual-naim-daniel-berdepan-penjara-20-tahun-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #amangseksual #NaimDaniel

Monday Jun 16, 2025
Monday Jun 16, 2025
Mangsa tipu haji mungkin masuk Makkah secara haram
Kerajaan tidak menolak kemungkinan 47 jemaah yang menjadi mangsa penipuan pakej haji telah transit ke negara lain menggunakan visa pelancong sebelum dibawa masuk secara haram ke Makkah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, modus operandi ejen haji tempatan terbabit sukar dikesan memandangkan jemaah berkenaan tidak terus dibawa masuk ke Makkah dari Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734067/berita/semasa/mangsa-tipu-haji-mungkin-masuk-makkah-secara-haram
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mangsatipuhaji #jemaahhajimalaysia # #KarnivalSiangMalam

Monday Jun 16, 2025
Monday Jun 16, 2025
AGC fail notis rayuan kes Yusoff Rawther
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther pada 12 Jun lalu.
AGC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, rayuan difailkan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi dua pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734016/berita/semasa/agc-fail-notis-rayuan-kes-yusoff-rawther
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #AGC #kesYusofRawther #KarnivalSiangMalam


