Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jun 19, 2025

“Tapi bila saya telefon semula, dia dah tak jawab. Saya cuba hubungi beberapa kali, sampai jam 9 malam polis yang jawab dan beritahu suami saya kemalangan,” kata isteri mangsa kemalangan maut, Muhammad Zulhaidi Iqhwan Abdullah, 26, yang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah–Simpang, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hasrat suaminya untuk menyambut ulang tahun pertama anak perempuan mereka bulan depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Selasa lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734360/berita/semasa/arwah-minta-ambil-gambar-banyak-banyak
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #kemalangan #mangsakemalangan #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

Lebih 1,000 penduduk dan peniaga sekitar Simpang Bekoh, Jasin bagaikan ‘diserang’ lalat sejak empat tahun lalu, namun keadaan menjadi semakin parah sejak empat minggu kebelakangan ini sehingga menjejaskan rutin harian penduduk, lapor wartawan Sinar Harian,  Nor Farhana Binti Ya'Acob.
Kehadiran lalat dalam jumlah banyak dipercayai berpunca daripada sebuah ladang ternakan ayam berhampiran kampung tersebut, sekali gus menimbulkan gangguan khususnya kepada peniaga makanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734328/edisi/melaka-ns/penduduk-tidak-tahan-lagi-empat-tahun-diserang-lalat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #diseranglalat #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

Seorang remaja yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Majistret Melaka pada Rabu atas tuduhan membunuh ibu dan abang kandungnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian,  Nor Farhana Binti Ya'Acob.
Tertuduh, yang hadir berbaju lokap ungu dan kelihatan tenang, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734354/berita/semasa/remaja-didakwa-bunuh-ibu-abang-kandung-guna-pisau-lipat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #kesbunuh #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 18, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang awam di mahkamah pada bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Dakwaan itu dipercayai susulan pendedahan skandal rasuah melibatkan ADUN Sabah pada tahun lalu, berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734332/berita/semasa/skandal-rasuah-tiga-termasuk-dua-adun-sabah-akan-didakwa
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #SPRM  #AzamBaki  #SkandalRasuah #AdunSabah

Wednesday Jun 18, 2025

Seorang pegawai khidmat pelanggan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu atas empat pertuduhan iaitu memiliki dan mengedar dadah serta memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua wanita di lampu isyarat Temerloh, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Chun Kok Keong  38 tahun, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis heroin seberat kira-kira 0.85 gram di hadapan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 12 Jun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734335/berita/semasa/lelaki-edar-dadah-sebabkan-kematian-dua-wanita-berdepan-hukuman-mati
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #kesdadah #sebabkankematian #KarnivalSiangMalam

Wednesday Jun 18, 2025

Pengerusi dan setiausaha sebuah persatuan kuil di Melaka direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dengan melakukan penyelewengan dana berjumlah RM50,000, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Binti Ya'Acob.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Uthman Abd Ghani terhadap suspek berusia 61 dan 75 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #reman #selewengdana #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025

 “Tiada lagi kesakitan... arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang. Insya-ALLAH dia pergi dalam keadaan husnul khatimah”.
Demikian luahan isteri penyanyi popular era 90-an, Sheqal, Normah Mohd Yussof, 58, ketika ditemui di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Senawang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734237/berita/hiburan/hajat-terakhir-bertemu-ibu-tercapai-sheqal-pergi-dengan-tenang---isteri
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa ##Sheqal #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025

Lukisan bas, penghadang jalan dan perkataan 'kematian' yang ditinggalkan Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seolah-olah menggambarkan takdir hidupnya sebelum terkorban dalam nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Ibu arwah, Juariah Abd Rahman, 48, berkata, tiga lukisan itu ditemui selepas dia mengemas semula barangan peribadi anaknya yang dihantar pulang ke rumah oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734209/berita/semasa/lukisan-bas-penghadang-jalan-dan-mesej-mati-karya-mustaqim-seolah-petanda-sebelum-tragedi
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
 #KarnivalSiangMalam #SinarHarian #Beritasemasa #nahasgaerik #UPSI #kemalanganmaut #MustaqimRosde

Tuesday Jun 17, 2025

Sheqal punyai keunikan tersendiri - Datuk Nash
Penyanyi terkenal, Datuk Nashrudin Elias atau Nash, 65, menyifatkan pemergian Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, merupakan satu kehilangan besar dalam industri tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Beliau menyifatkan Allahyarham seorang yang berbakat besar dan mempunyai keunikan tersendiri. 
Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang sangat baik hati, suka mendoakan kebaikan untuk orang lain dan sentiasa merendah diri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734182/berita/hiburan/penyanyi-sheqal-meninggal-dunia-ykat-saksi-saat-terakhir
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa ##Sheqal #Nash #KarnivalSiangMalam

Tuesday Jun 17, 2025

Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membangunkan Smart Queue System (SQS) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam usaha menangani isu kesesakan pengambilan nombor giliran di klinik pakar dan farmasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, SQS direka untuk menyelesaikan masalah pesakit yang sebelum ini perlu mengambil nombor giliran secara berasingan di klinik dan farmasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734174/edisi/johor/johor-perkenal-sistem-giliran-pintar-di-hsa
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #sistemgiliranpintar #HSA #SQS #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125