Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jun 19, 2025

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah untuk tindakan sewajarnya berhubung dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal didakwa pada bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak mengetahui identiti ADUN yang dimaksudkan oleh SPRM itu. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734382/edisi/sabah-sarawak/video-skandal-rasuah-hajiji-minta-hormati-proses-undang-undang ---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #HajijiNoor #skandalrasuahSabah #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

"Ini hantaran terakhir yang berkaitan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Selepas ini memang betul-betul 'move on'."
Demikian hantaran Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi Facebook pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734405/berita/politik/selepas-ini-saya-memang-betul-betul-move-on---rafizi
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #hantaranterakhir #RafiziRamli #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

"Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dijangka dikuat kuasa dalam masa terdekat selepas beberapa proses penting yang berkaitan dimuktamadkan," kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, ketika ini beliau menunggu draf akta berkenaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734394/berita/nasional/akta-keselamatan-dalam-talian-dijangka-dikuat-kuasa-dalam-masa-terdekat---fahmi
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #MCMC #aktakeselamatandalamtalian #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

Mahkamah Tinggi Taiping pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM80,000 terhadap seorang pemandu treler yang menyebabkan kematian empat sekeluarga dalam satu kemalangan di Sungai Siput, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan tersebut terhadap Y. Vethri Vel, 31, selepas menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Disember 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734349/berita/semasa/pemandu-treler-dipenjara-8-tahun-denda-rm80000-sebabkan-kematian-empat-sekeluarga
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #sebabkankematian #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

'Pulut, serawa durian juadah terakhir Jamal, isteri'
“Dia makan pulut dan serawa durian bersungguh-sungguh petang itu... tak sangka itulah juadah terakhir kami makan bersama,” demikian luah Suriati Samat, 40, adik kepada Jamal Azizul Samat, 44, yang maut dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, Pekan, malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, isteri kepada Jamal Azizul, Lizawati Abdullah, 41, turut meninggal dunia, manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah lori.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734366/berita/semasa/pulut-serawa-durian-juadah-terakhir-jamal-isteri
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #kemalangan #mangsakemalangan #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

Mendengar kelunakan suaranya mendendangkan lagu-lagu Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, ramai yang menyangkanya berbangsa Melayu, tapi sebenarnya berbangsa Cina, 
Apa tidaknya, Ng Kim Soy, 81 bukan sekadar boleh menyanyi lagu seniman agung itu dengan baik tetapi juga mampu menghafalnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734461/edisi/melaka-ns/gunting-rambut-sambil-dendang-lagu-p-ramlee
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #tukangguntingrambut #laguPramlee #KarnivalSiangMalam

Thursday Jun 19, 2025

Pempengaruh yang sebelum ini mengaku bersalah  menceroboh rumah pelakon  Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, bulan lalu menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari, 42 membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas kertas pertuduhan dibacakan. 
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #mahkamah #anju #ceroboh #ZarinaAnjoulie

Thursday Jun 19, 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu 'Edisi Siasat' dan 'Edisi Khas'.
SKMM dalam kenyataan pada Rabu berkata, tindakan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734494/berita/semasa/mcmc-fail-tindakan-sivil-terhadap-saluran-edisi-siasat-edisi-khas
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #Beritasemasa #MCMC #EdisiSiasat #EdisiKhas

Thursday Jun 19, 2025

Walaupun tragedi nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, telah memasuki hari kesepuluh, kebanyakan mangsa yang terlibat masih dihantui mimpi ngeri dan trauma berpanjangan, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.
Salah seorang mangsa, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, berkata, sehingga kini dia masih tidak mampu melupakan kejadian menyayat hati tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734380/berita/semasa/setiap-malam-saya-menangis-dihantui-mimpi-buruk
Muzik: Dissoleve In Loneliness dari www.bensound.com
-------------------------
Jom ke Karnival Siang  Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganmaut #UPSI #trauma

Thursday Jun 19, 2025

“Tapi bila saya telefon semula, dia dah tak jawab. Saya cuba hubungi beberapa kali, sampai jam 9 malam polis yang jawab dan beritahu suami saya kemalangan,” kata isteri mangsa kemalangan maut, Muhammad Zulhaidi Iqhwan Abdullah, 26, yang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah–Simpang, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hasrat suaminya untuk menyambut ulang tahun pertama anak perempuan mereka bulan depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Selasa lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734360/berita/semasa/arwah-minta-ambil-gambar-banyak-banyak
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #kemalangan #mangsakemalangan #KarnivalSiangMalam

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125