Monday Apr 07, 2025

Umpama berada di medan perang

“Saya seolah-olah berada di medan peperangan.” Begitulah gambaran suasana cemas insiden kebakaran dan letupan besar yang menggemparkan Taman Putera Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya.

Penolong Penguasa Bomba, Muzdiean Haiza Muhamad berkata, letupan yang berlaku kira-kira jam 8.10 pagi itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah mengakibatkan suasana panik apabila rumah dan pokok-pokok di sekitar kawasan perumahan terbakar dalam sekelip mata.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/721397/berita/semasa/umpama-berada-di-medan-perang

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pengalaman #Bomba #KebakaranPaipGas

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125