Saturday Mar 29, 2025

Teratak Si Bulus rumah perlindungan kucing jalanan

Prihatin terhadap nasib kucing jalanan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Si Bulus Temerloh mengambil inisiatif menubuhkan rumah perlindungan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan menjadikannya yang pertama di daerah itu serta di Pahang, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.

Rumah perlindungan yang dinamakan sebagai Teratak Si Bulus terletak Tasik Chatin dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti makanan, tempat tidur serta rawatan kesihatan bagi memastikan kucing-kucing berkenaan mendapat penjagaan sewajarnya.

Pengerusi kelab, Suhaya Elly Rosli, 47, berkata usaha itu tercetus hasil keprihatinan ahli kelab terhadap jumlah kucing jalanan yang semakin meningkat, terutama di kawasan bandar dan pasar.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #rumahperlindungankucing #Terataksibulus #Termeloh #kucing

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125