
23 hours ago
‘PMX, kami mahu subsidi diesel'
PMX, bantu kami. Kami mahu subsidi diesel."
Demikian laungan 50 ahli Persatuan Bas Pantai Timur (PEBAT) yang hadir pada perhimpunan aman di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin yang ingin merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu mereka mendapatkan subsidi diesel susulan kenaikan harga bahan api yang didakwa semakin menekan operasi syarikat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Pantai Timur (PEBAT), Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata, lebih 5,000 pekerja melibatkan 1,000 penguasaha bas persiaran di Pantai Timur bakal gulung tikar jika tiada tindakan segera daripada kerajaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SubsidiDiesel #PEBAT #Kelantan
No comments yet. Be the first to say something!