Thursday Jan 11, 2024
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM2,000 Mac depan
BERITA SEMASA 11 JANUARI 2024
Seramai 14,457 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sebanyak RM2,000 pada tahun ini sebagaimana diumumkan oleh kerajaan Pusat sebelum ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, bayaran bonus tersebut akan dibuat pada Mac depan sama seperti yang diterima oleh kakitangan awam di seluruh negara.
Beliau mengumumkan perkara itu pada Majlis Pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (PADU) Bersama Penjawat Awam Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, agihan bonus kepada penjawat awam Terengganu akan diumumkan selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 2 Disember 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643865/edisi/terengganu/penjawat-awam-terengganu-terima-bonus-rm2000-mac-depan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #SinarTerkini #Bonus #Terengganu #PenjawatAwam
Comments (0)
To leave or reply to comments, please download free Podbean or
No Comments
To leave or reply to comments,
please download free Podbean App.