Saturday Oct 12, 2024
Pemilik bangunan runtuh 'hilangkan diri' - Exco
Pemilik bangunan runtuh 'hilangkan diri' - Exco
MELAKA - Kerajaan negeri kesal dengan tindakan pemilik bangunan yang didakwa menghilangkan diri selepas insiden kejadian bangunan runtuh hingga mengakibatkan seorang pekerja binaan maut pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, pemilik bangunan itu bukan sahaja belum dapat dapat dikenal pasti, malah siasatan yang dilakukan pihak berkaitan mendapati mereka telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) tanpa membuat sebarang permohonan pembinaan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang maut manakala dua pekerja binaan warga asing terselamat dalam runtuhan bangunan di Jalan Bukit Senjuang, Melaka, pada petang Jumaat.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #bangunanruntuh #melaka
Comments (0)
To leave or reply to comments, please download free Podbean or
No Comments
To leave or reply to comments,
please download free Podbean App.