
Tuesday Mar 04, 2025
Pahang meterai MoU bersama KPKT, sasar percepat bina rumah PRR
Pahang meterai MoU bersama KPKT, sasar percepat bina rumah PRR
Kerajaan Pahang menyasarkan untuk mempercepatkan proses pembinaan rumah di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) di negeri itu dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizul Haika Mat Khazi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MoU tersebut akan membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan terus kepada kerajaan negeri untuk pembinaan projek PRR di Pahang, pada masa depan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOU #pahang #rumahmampumilik #KPKT
No comments yet. Be the first to say something!