
Friday Jan 19, 2024
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
BERITA SEMASA 19 JANUARI 2024
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memohon untuk dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebaskan sepenuhnya (DNA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana berjumlah RM27 juta, pada September depan.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas memutuskan perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.
Ia susulan makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang memaklumkan bahawa, status representasi bekas Perdana Menteri untuk menggugurkan kes AMLA ini masih belum mencapai sebarang keputusan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #1MDB #NajibRazak
No comments yet. Be the first to say something!