![Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi](https://pbcdn1.podbean.com/imglogo/ep-logo/pbblog3482976/fahmi-podcast_8deg9e_300x300.jpg)
Wednesday May 29, 2024
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
BERITA SEMASA 29 MEI 2024
Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.
Jelasnya, Mohamed Khaled memaklumkan laporan telah siap dan akan diterbitkan esok, nantikan pengumuman penuh hasil siasatan nahas helikopter itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #hasilsiasatanpengumumannahashelikoptertldm #FahmiFadzil
Comments (0)
To leave or reply to comments, please download free Podbean or
No Comments
To leave or reply to comments,
please download free Podbean App.