Thursday May 22, 2025

KPKT serah dokumen MyKiosk kepada SPRM

KPKT serah dokumen MyKiosk kepada SPRM

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan Projek MyKiosk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan dan integriti projek tersebut, Lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali menjelaskan, langkah tersebut diambil berikutan aduan daripada pihak tertentu mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan projek MyKiosk.

Katanya, KPKT tampil secara sukarela memberikan kerjasama sepenuhnya meskipun belum menerima mana-mana permintaan daripada pihak SPRM.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729911/berita/nasional/kpkt-serah-dokumen-berkaitan-mykiosk-kepada-sprm

#SinarHarian #BeritaSemasa #KPKT #MyKiosk #SPRM

Comment (0)

No comments yet. Be the first to say something!

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125