7 days ago

Kebakaran saluran gas: 1,254 mangsa terjejas terima bantuan kewangan bermula Isnin

Kebakaran saluran gas: 1,254 mangsa terjejas terima bantuan kewangan bermula Isnin

Seramai 1,254 mangsa daripada 308 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Daripada jumlah itu, 630 mangsa daripada 157 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala 624 mangsa daripada 151 keluarga memilih untuk menetap di kediaman saudara atau rakan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, terdapat dua mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi pernafasan yang serius.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/720915/edisi/selangor-kl/kebakaran-saluran-gas-1254-mangsa-terjejas-terima-bantuan-kewangan-bermula-isnin

#SinarHarian #BeritaSemasa #KebakaranPaip #PutraHeights #TragediSyawal

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125