Monday Apr 28, 2025

Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing

Jari hampir putus ketika selamatkan anak kucing

Seorang kanak-kanak berisiko kehilangan jari tangan selepas ditimpa simen penutup longkang ketika menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, 10 tahun, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran cedera apabila tangan kanannya dihempap simen penutup longkang di perumahan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725563/edisi/terengganu/jari-kanak-kanak-hampir-putus-ketika-selamatkan-anak-kucing

#SinarHarian #BeritaSemasa #jaricedera #KualaTerengganu #jarihampirputus #selamatkankucing

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125