Wednesday Apr 02, 2025

'Jangan malu ada ibu bapa OKU'

Seorang remaja dari Durian Tunggal Alor Gajah, membuktikan bahawa kasih sayang keluarga tidak terbatas kepada keupayaan fizikal apabila dia memiliki ibu bapa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) bisu,  lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Anak bongsu daripada dua beradik, Muhammad Nabil Mohd Nazrol, 18, berkata dia tidak pernah berasa malu memiliki ibu dan bapa yang mempunyai kekurangan itu, malah menganggapnya sebagai keistimewaan dan jalan untuk dia ke syurga.

Menurutnya, sejak berusia tiga tahun dia telah diajar  oleh ibu Noorul Huda Abd Rahman,45, dan bapanya Mohd Nazrol Dollah, 46, yang mengusahakan warung cendol untuk menggunakan bahasa isyarat.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #ibubapabisu #OKU

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125