Wednesday Apr 09, 2025

'Content Creater' pandu Lamborghini tapi tiada lesen

'Content Creater' pandu Lamborghini tapi tiada lesen

Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador ditahan kerana tiada lesen memandu dalam operasi bersepadu, di Jalan Bangsar, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Lelaki berusia 28 tahun yang juga seorang pencipta kandungan itu memandu kereta berkenaan bersama teman wanitanya dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya hanya mengeluarkan saman kepada pemandu warga China berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721810/berita/semasa/content-creater-pandu-lamborghini-tapi-tiada-lesen

#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125