
Saturday Apr 26, 2025
BN pertahan kubu kuat kerusi DUN Ayer Kuning
Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai kubu kuat apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad, Normawati Adnan dan Aisyah Basarudin.
Dalam pertembungan tiga penjuru, Mohamad Yusri, 54, yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah selaku wakil Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 5,006 undi.
Bekas guru dan pensyarah kanan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya itu memperolehi 11,065 undi.
Pencabarnya, Abd Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional memperolehi 6,059 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, yang bertanding kali kedua di kerusi sama meraih 1,106 undi.
#SinarHarian #60saat #PRK #AyerKuning #BN
Comments (0)
To leave or reply to comments, please download free Podbean or
No Comments
To leave or reply to comments,
please download free Podbean App.