3 days ago

Baju raya hitam, petanda sebelum pergi selamanya

Baju raya hitam yang dipilih sekeluarga rupa-rupanya menjadi pakaian terakhir sebelum mereka pergi buat selamanya.

Siti Khazira, 35 dan suami, Nasaarudin Pardi, 36, serta empat anak mereka tidak sempat menyarung pakaian itu apabila perjalanan pulang ke kampung halaman di Taman Kota Jaya, Kota Tingfi  berakhir dengan tragedi.

Pasangan suami isteri itu dan anak bongsunya maut selepas Honda Stepwagon Spadayang dinaiki bertembung dengan tiga lagi kenderaan, termasuk sebuah treler, dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam Khamis.

Adik arwah, Taufiq Bani, 33, berkata kakaknya sempat berkongsi bahawa mereka memilih warna hitam sebagai tema raya tahun ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/720145/berita/semasa/siti-khazira-nasaarudin-tak-sempat-sedondon-berbaju-raya-hitam

Muzik: Introspection dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalanganmaut #johor

Comments (0)

To leave or reply to comments, please download free Podbean or

No Comments

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125