Friday Mar 29, 2024
7,000 bungkus nasi beriani habis tak sampai sejam
7,000 bungkus nasi beriani habis tak sampai sejam
BERITA SEMASA 29 MAC 2024
Sebanyak 7,000 bungkus nasi beriani habis diedarkan tidak sampai satu jam dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hidangan istimewa itu diedarkan secara percuma kepada komuniti setempat anjuran Persatuan India Muslim Perak (PRIM) dengan kerjasama jawatankuasa masjid.
Tinjauan mendapati, seawal jam 2.30 petang, orang ramai telah mula beratur dan menunggu meskipun edaran bungkusan dijadualkan bermula jam 4 petang.
Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah berkata, hidangan tersebut disediakan secara gotong-royong menggunakan lebih 800 kilogram beras dan 800 ekor ayam.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #NasiBeriani #Ramadan
Comments (0)
To leave or reply to comments, please download free Podbean or
No Comments
To leave or reply to comments,
please download free Podbean App.