
Thursday Feb 20, 2025
KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2023, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.
Sehubungan itu, katanya, tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan ini adalah tidak berasas dan ini jelas telah ditolak oleh KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Feb 2025.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KWSP #MAHB
No comments yet. Be the first to say something!