Sinar Harian
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Episodes
4 minutes ago
Muhammad Faisol disemadikan bersebelahan pusara ibu
4 minutes ago
4 minutes ago
BERITA SEMASA 25 APRIL 2024
Jenazah salah seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam kira-kira jam 10.10 malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya
Jenazah Muhammad Faisol disemadikan bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia pada Ogos 2023.
Tanah perkuburan tersebut turut menempatkan kubur bapanya, Tamadun Othman yang juga meninggal dunia tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661237/berita/semasa/muhammad-faisol-disemadikan-bersebelahan-pusara-ibu
Muzik: Closer to The Sundari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #TLDM
4 minutes ago
Suasana pilu sambut jenazah Mohammad Amirulfaris
4 minutes ago
4 minutes ago
BERITA SEMASA 25 APRIL 2024
Jenazah Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 11 malam, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Suasana hiba dan sayu menyelubungi kediaman keluarga di Taman Senawang Perdana sebaik sahaja van yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 9.05 malam Rabu.
Waris termasuk ibu, bapa dan isteri serta dua anak Allahyarham dilihat tidak dapat menahan kesedihan mengiringi perjalanan terakhir Mohammad Amirulfaris.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661241/berita/semasa/suasana-pilu-sambut-jenazah-mohammad-amirulfaris
Muzik: Introspection dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #TLDM
40 minutes ago
Pengebumian Noor Rahiza diiringi tangisan anak bongsu
40 minutes ago
40 minutes ago
BERITA SEMASA 25 APRIL 2024
Suasana pilu mengiringi pengebumian Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat di Yan pada malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Hidayah Hamid.
Jenazah Allahyarham yang tiba di masjid itu pada jam 9.07 malam selamat dikebumikan pada jam 9.55 malam.
Sebelum itu, jenazah tiba di rumah keluarganya di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni di Yan, pada jam 8.40 malam sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661232/berita/semasa/noor-rahiza-dikebumikan-berhampiran-pusara-ibu
Muzik: Introspection dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasHelikopter #TLDM
15 hours ago
15 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa, Leftenan T Sivasutan selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya, pada Rabu lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Van membawa mayat mendiang Sivasutan diiringi pasukan polis itu tiba kira-kira jam 5.50 petang.
Suasana pilu menyelubungi sebaik mayat dibawa keluar daripada kenderaan tersebut.
Ahli keluarga, saudara-mara, kenalan rapat, anggota dan pegawai TLDM serta jiran turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661205/berita/semasa/mayat-mendiang-sivasutan-tiba-di-rumah-keluarga
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #duahelikopterterhempas #helikoptertldmterhempas #Lumut
18 hours ago
18 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Laporan interim mengenai tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak semalam akan siap dalam tempoh dua minggu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata komitmen itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #laporaninterim #nahashelikopter #fahmifadzil #khalednordin
19 hours ago
19 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mendapati ada warga tempatan baik hati membantu membeli motosikal untuk ditunggang warga asing.
Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, ada penduduk tempatan membantu warga asing membeli motosikal untuk kegunaan mereka kerana rasa kasihan dan simpati.
Beliau berkata, pihaknya mendapati ada penduduk sanggup membeli motosikal untuk warga asing menggunakan nama ataupun dokumen mereka.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/661128/edisi/utara/ada-penduduk-baik-hati-beli-motosikal-untuk-warga-asing
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #motosikal #PATI #wargaasing
19 hours ago
19 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Perbuatan menyebarkan gambar atau video mayat nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, adalah haram di sisi Islam.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hal itu kerana perbuatan tersebut boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti atau menggores hati keluarga serta waris sekali gus mengundang dosa.
Menurutnya, Islam mengutamakan penghormatan pada jenazah yang sama seperti mana semasa dia hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661141/berita/semasa/haram-sebar-gambar-video-aib-si-mati---mufti-kelantan
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragediduahelkopterterhempas
21 hours ago
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
21 hours ago
21 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Rumah tangga penyanyi terkenal, Adira Suhaimi berakhir selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Rawang, pada Rabu.
Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar merekodkan perpisahan pasangan ini selepas Adnan yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, melafazkan talak pada jam 9.39 pagi, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian di Rawang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661108/berita/hiburan/adira-datuk-red-bercerai-talak-satu
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DatukRed #AdiraSuhaimi
23 hours ago
23 hours ago
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024
Itu permintaan seorang pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 38, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu atas tujuh pertuduhan antaranya dakwaan memiliki pistol Glock 19 Austria pada 15 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian Adila Sharinni Wahid.
Hafizul bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Nik Habri Muhamad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661116/berita/semasa/saya-perlukan-telefon-untuk-panggil-peguam---hafizul
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #tembakKLIA #KesTembak #KLIA #HafizulHawari
2 days ago
2 days ago
Lahir 25 tahun lalu selepas berlaku perubahan politik negara susulan peristiwa Reformasi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), atau nama asalnya, Parti Keadilan Nasional kini watak penting dalam pentadbiran kerajaan sebagai salah satu parti utama.
Memegang posisi-posisi penting termasuk Perdana Menteri selain menteri, timbalan menteri di peringkat persekutuan juga Menteri Besar dan exco-exco di peringkat negeri, parti yang sinonim dengan jolokan ‘parti derita’ ini sudah banyak mengalami perubahan sejak awal penubuhannya.
Masihkah parti ini setia dengan idea Reformasi? Sejauh mana adaptasinya dengan suasana baru mengubah PKR? Siapakah wajah-wajah PKR pasca Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Your Title
This is the description area. You can write an introduction or add anything you want to tell your audience. This can help potential listeners better understand and become interested in your podcast. Think about what will motivate them to hit the play button. What is your podcast about? What makes it unique? This is your chance to introduce your podcast and grab their attention.