Sinar Harian

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

4 hours ago

PMX, bantu kami. Kami mahu subsidi diesel."
Demikian laungan 50 ahli Persatuan Bas Pantai Timur (PEBAT) yang hadir pada perhimpunan aman di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin yang ingin merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu mereka mendapatkan subsidi diesel susulan kenaikan harga bahan api yang didakwa semakin menekan operasi syarikat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Pantai Timur (PEBAT), Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata, lebih 5,000 pekerja melibatkan 1,000 penguasaha bas persiaran di Pantai Timur bakal gulung tikar jika tiada tindakan segera daripada kerajaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774460/edisi/kelantan/pmx-bantulah-kami---pengusaha-bas-persiaran-rayu-subsidi-diesel
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SubsidiDiesel #PEBAT #Kelantan

5 hours ago

Dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, beberapa rakan yang pulang ke utara Semenanjung melalui laluan Hutan Kampung ke Sungai Dua berkongsi pengalaman mereka.
Menariknya, mereka bukan bercerita tentang kesesakan luar biasa atau perjalanan yang meletihkan – sebaliknya mengenai satu pengalaman yang berbeza.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #AudioSiar #KesesakanTol #LembahKlang

6 hours ago

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa itu bukan sahaja berlaku di negeri ini malah turut dirasai di seluruh negara yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774423/berita/politik/rakyat-mahu-pn-kembali-mentadbir---peja
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Peja #FaizalAzumu #Bersatu

6 hours ago

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara menghentikan serta-merta aktiviti lasak dan aktiviti air susulan tragedi kematian dua pelajarnya di Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad sebagai langkah segera bagi menjamin keselamatan pelajar serta meredakan kebimbangan ibu bapa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774440/berita/semasa/kpm-arah-semua-ipg-henti-serta-merta-aktiviti-lasak-air
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #IPG #Lemas #Keselamatan

6 hours ago

Sejak bermulanya kempen pencerobohan ke atas Iran pada 28 Februari lalu, tentera Israel telah mengenakan peraturan penapisan ketat terhadap saluran media tempatan dan rangkaian asing yang beroperasi di Tel Aviv.
Sekatan itu menghalang petugas media untuk membuat liputan tentang situasi sebenar yang cuba ‘disorokkan’ Israel.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #AudioSiar #Israel #Teleaviv #Sorok #KemusnahanSebenar

2 days ago

Sebarang usaha perbincangan bersama pembangkang bagi menangani isu tenaga global ketika ini perlu dilakukan kerajaan secara ikhlas dan serius, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan terbuka kerajaan untuk melibatkan pembangkang dalam sebarang pasukan petugas disambut baik, namun ia mesti dilakukan dengan komitmen sebenar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774328/berita/politik/pn-tiada-masalah-bincang-tapi-jangan-sekadar-ajak-ajak-ayam---muhyiddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isutenagaglobal #politik #MuhyiddinYassin

2 days ago

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kekecewaan terhadap Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kerana pelantikan Ketua Pembangkang masih belum dibuat, sementara individu yang telah dipecat parti terus menggunakan jawatan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774333/berita/politik/individu-tidak-layak-masih-berlegar-legar-guna-jawatan-ketua-pembangkang---muhyiddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Muhyiddin #KetuaPembangkang #Jawatan

2 days ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar usaha kerajaan memperkukuh hubungan diplomatik serta menyuarakan pendirian tegas dalam isu melibatkan Iran dan konflik di Gaza diberi kredit, bukannya dipertikai oleh pihak tertentu.
Beliau berkata, hal ini kerana ketegasan kerajaan termasuk pendirian membantah serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran telah membantu memperkukuh hubungan diplomatik negara, sekali gus membolehkan kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774331/berita/nasional/iran-benar-kapal-negara-lalui-selat-hormuz-kerana-malaysia-lantang-bantah-serangan-israel-as---pm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Iran #Israel #AS #AnwarIbrahim #SelatHormuz

2 days ago

Pada penghujung Februari lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan sekutu rapatnya Israel membuat keputusan menyerang Iran atas sebab yang hanya Trump sendiri tahu. 
Sebaik sahaja AS melancarkan serangan pertama, hampir ijmak penganalisis keselamatan dan ekonomi dunia, kecuali pasukan Trump dan Israel, bahawa perang ini tidak akan berakhir dengan pantas dan akan menjejaskan ekonomi dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774280/berita/cetusan/terus-berhemat-lupakan-kerajaan
#SinarHarian #AudioSiar #Terusberhemat #EkonomiDunia 

2 days ago

Sabah berkemungkinan menerima kesan dengan pengurangan subsidi susulan krisis tenaga global yang berlaku jika ia terus berpanjangan.
Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, meskipun konflik Asia Barat memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia, namun Sabah bernasib baik kerana mempunyai kapasiti penjanaan tenaga yang mencukupi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774262/edisi/sabah-sarawak/sabah-mungkin-terkesan-subsidi-jika-krisis-tenaga-berpanjangan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #subsidi #krisistenagaglobal #HajijiNoor #konflikasiabarat

Copyright 2022 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125